Monday, November 12, 2007

Lelaki Bab7

KAJIAN terbaru dijalankan sebuah universiti di Amerika Syarikat
mendapati, lelaki hanya fikirkan mengenai seks apabila berdepan
wanita, lebih-lebih lagi jika wanita itu menarik, seksi dan memiliki
bentuk badan menggiurkan.
Fikiran lelaki pasti terus melayang ke senario persetubuhan dan ketika
itu mata hitamnya menjadi meluas dan dia kemudian pasti mendapati
dirinya mencapai ereksi sangat mencabar.

Justeru, pendapat lelaki hanya fikirkan seks apabila bersemuka dengan
wanita seksi nampaknya betul. Tidak hairan sesetengah kaum dan agama
menetapkan pemakaian purdah atau menutup aurat untuk wanita supaya
tidak mencabar imginasi seksual lelaki.

Sehubungan itu, memakai purdah satu syor tepat yang tidak perlu dipertikaikan.

Berbeza dengan wanita, mereka tertarik kepada ketampanan dan budi
pekerti seseorang lelaki dan bukan kepada aspek fizikalnya. Apabila
wanita berasa selesa dan selamat dengan lelaki, mereka akan mula
membuka dirinya untuk didekati.

Jika wanita itu mula percaya kepada lelaki, mereka tidak akan
teragak-agak untuk meningkatkan tahap hubungan mereka ke peringkat
lebih serius.

Persepsi seksi kepada wanita bukan hanya kepada aspek fizikal, tetapi
keterampilan diri lelaki berkenaan. Ia tidak terhad kepada ciri
'machonya' saja.

Lelaki yang memiliki keterampilan diri yang diidami wanita akan
mendapati dirinya 'laris' apabila wanita akan mudah dan sentiasa cuba
mendekatinya.

Malah, tidak keterlaluan dikatakan ada wanita tidak teragak-agak
melamar seseorang lelaki apabila mereka mula menaruh kepercayaan
kepadanya.

Perlu diingatkan, wanita kini lebih memilih dan jika mendapati lelaki
itu calon secocok, mereka tidak akan teragak-agak untuk menawannya. Ia
bukan perbuatan aib untuk wanita.

Malah, perbuatan menawan seseorang yang diminati, walaupun mereka
wanita, sangat digalakkan. Ini terbukti apabila Siti Khatijah melamar
Nabi Muhammad kerana mendapati baginda berperwatakan mulia, jujur dan
tampan. Justeru, mana-mana wanita Islam boleh mencontohi Siti
Khatijah.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home