Monday, November 12, 2007

Lelaki Bab1

Lelaki mempunyai rahsia-rahsia seks yang amat sukar untuk diluahkan
pada wanita tetapi mereka berharap agar wanita mengetahui
rahsia-rahsia tersebut. Apabila lelaki mendakap atau mencium isterinya
itu tidak bererti bahawa lelaki itu mahu melakukan seks, itu adalah
tanda sayang. Secara Umumnya terdapat 4 rahsia yang mana lelaki
keberatan untuk memberitahu isterinya berkaitan seks.

1. Lelaki Bukanlah Hanya mahu Jimak
Kadangkala apa yang lelaki mahu hanyalah dakapan, ciuman dan
perbualan. Lelaki faham bahawa kemesraan fizikal tidak berakhir dengan
jima' adalah bahagian yang penting dalam hubungan mesra suami isteri.
Ada pula lelaki mahu rasa dipentingkan oleh pasangannya, melakukan
jima' semata-mata tidak cukup untuk sebilangan besar lelaki.

2. Cinta Kasih Faktor Penting Kegembiraan Seksual Lelaki
Berkongsi hidup dengan isteri yang benar-benar kenal dan cinta adalah
dambaan lelaki. Dengan isteri seperti ini lelaki akan rasa selamat,
diterima dan di cintai. Kadang-kadang lelaki juga seperti wanita,
lebih tinggi penglibatan emosi mereka maka lebih tinggi kepuasan
fizikal mereka.

3. Lelaki Juga Perlukan Istimta'
Wanita perlu tahu bahawa lelaki tidaklah sentiasa boleh bangkit
ghairahnya bila saja melihat susuk tubuh isterinya. Lelaki juga
perlukan wanita mencumbu rayu dirinya untuk membolehkannya benar-benar
ghairah dan bersedia. Jika lelaki didapati lambat bangkit nafsu
syahwatnya bila melihat isterinya, isteri mulalah risaukan kecantikan
dan daya tariknya dan suami mulalah risaukan kekuatan seksnya.
Sedangkan sebenarnya lelaki itu perlukan istimta' yang cukup dan itu
adalah normal bagi semua lelaki.

4. Lelaki Tidak Sentiasa Mahu Mulakan Seks
Boleh dikatakan semua lelaki akan gembira benar dengan pujukan dan rayuan cinta isterinya
ketika di atas ranjang. Ini akan mengakibatkan lelaki merasa senang
hati dan diperlukan, dan menyebabkan lelaki itu semakin sayangkan
isterinya. Ada juga lelaki yang mengalu-alukan inisiatif seksual
isterinya kerana ini menyebabkan mereka rasa diperlukan dan membawa
rasa kurangnya bebanan pemula segala-galanya termasuk seks. Wanita
pula keberatan memulakan seks kerena mereka khuatir ini akan menekan
perasaan suaminya atau takut akan ditolak. Tetapi sebagaimana juga
lelaki yang kadangkala ditolak oleh isterinya apabila mahu memulakan
seks, wanita juga patut sedar menegnai risiko penolakan itu, seperti
mana juga wanita, lelaki juga mungkin menolak seks.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home