Monday, May 18, 2009

RENUNGAN

click to comment

Manusia dibekalkan dua mata,
tetapi hanya dengan satu mulut
supaya dia dapat melihat dua kali
lebih banyak daripada berbicara.

Siapa yang banyak bicaranya
akan banyak pula celaanya.



Tak guna ada mata kalau tak dapat melihat.
Tak guna ada hati kalau tak tahu menilai.......

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

DOA PELINDUNG/VAKSIN daripada SELESAMA BABI - INFLUENZA H1N1

DOA PELINDUNG/VAKSIN daripada SELESAMA BABI - INFLUENZA H1N1

Salam kawan-kawan,

Seorang sahabat menyebut berseloroh sejurus PM ke 6 mengisytiharkan ONE MALAYSIA(
1 Malaysia) maka muncullah H1N1. Sehingga kini belum ada lagi vaksin untuk mencegah daripada Selesema Babi(SB).

Risalah Kementerian Kesihatan Malaysia menyebut:
Soalan : Adakah terdapat vaksin bagi melindungi manusia daripada jangkitan Selesema Babi?
Jawapan
: Tiada. Vaksin influenza bermusim yang dihasilkan mengikut cadangan Pertubuhan Kesihatan Sedunia tidak mengandungi virus Selesema Babi. Tidak juga diketahui sama ada vaksin bermusim boleh menyediakan perlindungan silang bagi mencegah jangkitan virus Selesema Babi.

Jom kita amalkan doa ini yang diajar oleh Nabi saw, mudah-mudahan ia menjadi VAKSIN terbaik untuk selamat daripada Selesama Babi. Doanya ialah:

Doa Pilihan Pelindung Keluarga
Ajarilah anak-anak kita, diri dan keluarga kita dengan doa yang sohih dari nabi ini iaitu :-
من نَزَلَ مَنْزِلًا ثُمَّ قال أَعُوذُ بِكَلِمَاتِ اللَّهِ التَّامَّاتِ من شَرِّ ما خَلَقَ لم يَضُرَّهُ شَيْءٌ حتى يَرْتَحِلَ من مَنْزِلِهِ ذلك
Ertinya : sesiapa yang keluar dari rumah dan membaca doa
" Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk" maka dia tidak dimudaratkan oleh sesuatu apa pun sehinggalah dia kembali ke rumahnya semula." ( Riwayat Muslim, 4/2080)

Disebut dalam satu riwayat lain, nabi bersabda :-


فقال رسول الله من أي شيء قال لدغتني عقرب قال رسول الله أما إنك لو قلت حين أمسيت أعوذ بكلمات الله التامات من شر ما خلق لم يضرك إن شاء الله

Ertinya : nabi bertanya : kena apakah kamu ?
Lelaki berkata : aku disengat kala
Nabi berkata : sekiranya engkau membaca pada setiap petang
" Aku berlindung dengan kalimah Allah yang sempurna dari segala kejahatan makhluk", nescaya dengan izin Allah kamu tidak akan ditimpa mudarat" ( Riwayat Ibn Hibban, 3/298 )


Juga sebuah lagi doa yang mudah dari hadis sohih:-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, dia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan -

Mudah-mudahan ALlah menyelamatkan kita serta keluarga daripada azab bala bencana seperti selesama Babi dan lain-lain.

Wassallam..

Saturday, May 16, 2009

Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu.

Oh Muslim, Bahagiakanlah Ibumu.

May 13, 2009 · No Comments

Setiap insan yang hidup di muka bumi pasti lahir melalui ibunya. Ibunyalah yang mengandungkannya. Dengan penuh susah payah kandungan itu dibawa pada setiap masa ke setiap tempat. Selama lebih kurang 9 bulan lamanya. Selepas itu terpaksa pula bertarung dengan kesakitan yang amat dahsyat melahirkannya. Ibu sanggup menaruh nyawa untuk kelangsungan hidup anak yang bakal dilahirkan.

Selepas itu menyusukannya pula dengan penuh kasih sayang, membesarkannya, mendodoikan tidurnya, menyikatkan rambutnya, memandikannya, memakaikannya dengan pakaian, mendidiknya, memujuknya, bermain dengannya, menyapu air matanya, mendukungnya ke mana sahaja tempat dituju dan sebagainya. Pendek kata, keseluruhan hidup insan akan sentiasa melibatkan ibunya. Tidak pernah putus belas kasih, sayang dan sumbangan ibu kepada anaknya sejak sebelum lahir sehingga mencecah usia insan itu pada hari ini.

(selingan)

Lagu yang menyentuh hati, "Ya Ummi" nyanyian Ahmed Bukhatir:

http://muzir.wordpress.com/2009/05/13/oh-muslim-bahagiakanlah-ibumu/

Darjat ibu sangat tinggi. ALLAH subhanahu wata’ala selalu berfirman di dalam al-Quran tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa. Antaranya:

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

“Sembahlah ALLAH, janganlah kamu mempersekutukanNYA dengan sesuatu pun dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu dan bapa kamu.” - Surah an-Nisa: 36.

قُلْ تَعَالَوْا أَتْلُ مَا حَرَّمَ رَبُّكُمْ عَلَيْكُمْ أَلا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا

Katakanlah: Marilah kubacakan apa yang diharamkan TUHANmu terhadapmu, iaitu janganlah kamu mempersekutukan sesuatu denganNYA dan berbuat baiklah terhadap kedua ibu dan bapa.” - Surah an-An’am: 151.

Tuntutan menghormati ibu dan bapa sangat penting sehingga ia sering disebutkan di dalam al-Quran secara bergandingan dengan ketaatan kepada TUHAN. Taat ALLAH, berbuat baik kepada ibu bapa. Iaitu, ia perkara yang paling penting selepas taat kepada ALLAH.

Kita dilarang menderhakai ibubapa. Penderhakaan kepada ibubapa akan mengundang kemurkaan ALLAH subhanahu wata’ala. Malah menderhakai ibubapa merupakan dosa besar yang memerlukan kita untuk bertaubat nasuha. Justeru, kita wajib patuh kepada mereka walaupun jika mereka bukan beragama ISLAM. Walaupun begitu, kita dilarang untuk mengikuti telunjuk ibu dan bapa kita sekiranya apa yang disuruh oleh ibubapa bercanggah dengan hukum syara’. Hal ini ada diriwayatkan dari hadith Nabi sallALLAHu ‘alaihi wasallam oleh Imam Ahmad yang maksudnya:

“Tidak ada ketaatan kepada makhluq dalam perkara maksiat kepada ALLAH AZZA wa JALLA”.

Mari kita merujuk kepada beberapa pesan Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam tentang kepentingan menghormati ibu dan bapa supaya dapat kita menginsafi diri dan seterusnya berazam untuk menjadikan diri kita seorang hamba ALLAH yang bertaqwa dan anak yang soleh.

Abu Hurairah r.a berkata:

“Seorang pemuda berjumpa dengan Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam dan berkata: Wahai Rasulullah s.a.w, siapakah orang yang lebih berhak mendapat layanan dan kasih sayangku? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Kemudian siapa pula? Nabi s.a.w berkata: Ibumu. Dia bertanya lagi: Kemudian siapa pula? Nabi menjawab: Ibumu. Bertanya lagi beliau: Kemudian siapa? Nabi s.a.w berkata: Bapamu.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Abdullah bin Amr bin al-’As r.a berkata yang maksudnya:

“Seorang pemuda berjumpa Rasulullah s.a.w dan meminta kebenaran baginda untuk menyertai jihad. Rasulullah s.a.w berkata: Adakah kedua ibubapa kamu masih hidup? Dia menjawab: Ya. Baginda berkata: Jadi jihad kamu adalah bersama mereka.” - Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim.

Ibnu Mas’ud r.a berkata yang maksudnya:

“Aku bertanya kepada Rasulullah sallALLAHU ‘alaihi wasallam, apakah amalan yang paling disukai ALLAH? Baginda s.a.w menjawab: Solat pada waktunya. Dan berkata aku: Selepas itu? Baginda menjawab: Kemudian memuliakan ibubapa. Dan aku berkata: Selepas itu? Baginda berkata lagi: Jihad di jalan ALLAH.” - Hadith riwayat al-Bukhari.

Daripada nas di atas, jelas bahawa menghormati ibu dan bapa sangat penting. Bahkan menjaga kedua ibu bapa adalah lebih diutamakan dari keluar menyertai jihad. Dalam sejarah Nabi sallALLAHU ‘alaihi wasallam, pernah Baginda s.a.w mengiktiraf seorang pemuda sebagai ‘penduduk langit’ hanya disebabkan oleh ketekunan pemuda tersebut menjaga ibunya yang sedang uzur. Walhal pemuda tersebut sangat ingin bertemu Nabi s.a.w. Pemuda tersebut memeluk ISLAM hanya melalui penduduk Yaman yang pernah berjumpa Rasulullah s.a.w. Beliau tidak pernah berjumpa Nabi s.a.w. Tapi hasrat beliau tersebut terpaksa diketepikan lantaran menjaga ibunya. Hatta, Nabi s.a.w pernah menyarankan para sahabat Baginda s.a.w mendoakan mereka dan memohon keampunan untuk mereka sekiranya dapat berjumpa dengan pemuda tersebut. Pemuda tersebut adalah Uwais al-Qarni.

Di dalam hadith atas juga dapat kita simpulkan bahawa keutamaan ibu lebih tinggi berbanding bapa untuk kita berikan perhatian. Ini kerana pengorbanan ibu dan bapa sama-sama besar, tetapi ibu lebih besar dari segi pengorbanannya keran ibulah yang mengandung dan menyusukan kita dalam tempoh yang panjang.

Mudah-mudahan tulisan ringkas ini dapat mengembalikan kita kepada landasan ajaran ISLAM dari segi menghormati ibu dan bapa. Setiap kita biasa melakukan kesilapan. Mudah-mudahan kesilapan kita diampuni ALLAH. Mohonlah keampunan ibu dan bapa kita selagi kesempatan masih ada.

Jagalah adab dan perlakuan kita, jangan sampai menginggung hati mereka. Sayangilah mereka, dan kalau boleh buatlah mereka sentiasa tertawa.

Jangan tunggu usia tua baru hendak bertaubat

Jangan tunggu usia tua baru hendak bertaubat

Oleh Mohd Adid Ab Rahman

Kematian datang tiba-tiba, sentiasa dalam kemaksiatan boleh menghancurkan peribadi Muslim

MANUSIA tidak terlepas melakukan kesalahan kerana itu sudah menjadi sifat tabii manusia biasa kecuali Rasulullah SAW yang bersifat maksum. Namun, bagi seorang Muslim apabila sudah melakukan perbuatan yang mengundang dosa, perlu segera bertaubat kepada Allah SWT.

Taubat penuh keinsafan dan penyesalan gambaran sebaik-baik manusia yang melakukan kesalahan baik berupa dosa kecil mahu pun dosa besar seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Setiap anak cucu Adam adalah pelaku dosa dan sebaik-baik orang yang berdosa adalah mereka yang bertaubat." (Hadis riwayat Ibn Majah)

Maksud dosa besar ialah perbuatan yang melanggar perintah Allah SWT di mana telah ditentukan hukumannya di dunia dan dikenakan ancaman azab neraka di akhirat seperti mencuri, berzina dan lain-lain, yang memang termaktub dalam al-Quran atau pun hadis Rasulullah SAW.

Apabila menyedari sudah melakukan dosa, haruslah segera membersihkan diri. Rasulullah SAW sendiri walaupun dipelihara Allah SWT daripada melakukan dosa tetap bertaubat dalam sehari semalam melebihi 70 kali.

Sabda Baginda SAW yang bermaksud: "Demi Allah, sesungguhnya aku beristighfar (memohon ampun) dan bertaubat kepada Allah setiap hari lebih 70 kali." (Hadis riwayat Bukhari)

Namun, sebilangan besar masyarakat Islam hari ini begitu leka melakukan maksiat dan sedikit pun tidak rasa bersalah bahkan menjadi kebanggaan pula apabila melakukannya. Benarlah seperti diungkapkan Asy-Syekh Husen Yusuf Ghazzal: "Dapat kita saksikan bahawa saat ini apabila seseorang melakukan perbuatan dosa, maka ia tidak akan merasa malu sedikitpun. Bahkan dengan sewenang-wenangnya mereka berusaha menghalalkan suatu perbuatan tanpa mempedulikan syariat agama dan norma etika."

Berlakunya hal demikian lantaran masyarakat Islam memiliki iman yang lemah. Mudah menurut telunjuk nafsu sementara pengetahuan selok-belok ajaran Islam ternyata begitu dangkal. Sedangkan apabila sentiasa berada dalam kemaksiatan boleh menghancurkan keperibadian seorang Muslim.

Ulama berkata: "Sesungguhnya kemaksiatan itu berjalan menuju kekufuran. Manusia berpindah dari satu bentuk kemaksiatan kepada kemaksiatan berikutnya, sampai akhirnya dia keluar dari agamanya."

Sesungguhnya orang yang segera bertaubat secara benar dan bersungguh-sungguh adalah orang yang memahami bahawa taubat itu satu kewajipan ditentukan agama serta mencerminkan keimanan yang menebal.

Firman Allah SWT yang bermaksud: "Wahai orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan sungguh-sungguh." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Allah SWT dengan sifat-Nya yang Maha Pengampun, membuka seluas-luasnya pintu taubat kepada hamba-Nya yang berdosa dan ingin bertaubat. Allah SWT sentiasa menerima taubat setiap hamba-Nya yang ikhlas dan bersungguh-sungguh.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: "Barang siapa yang bertaubat sesudah melakukan kejahatan, lalu memilih jalan lurus. Maka sesungguhnya Allah menerima taubatnya dan Tuhan itu Maha Pengampun Maha Penyayang." (Surah al-Maidah, ayat 39)

Bagaimanapun, tidak ramai di kalangan kita yang ingin merebut peluang itu bahkan, taubat dipandang ringan saja. Setiap kali ditanya, mereka rata-rata menjawab akan bertaubat apabila sampai usia tua nanti. Mereka sebenarnya memberi jawapan mengelirukan, seolah-olah mereka berpegang pada dahan yang rapuh kerana seseorang itu belum tentu hidupnya sampai usia lanjut. Oleh itu, bertaubat segera adalah perbuatan bijak dan terpuji.

Nasihat Luqmanul Hakim kepada anaknya: "Janganlah anakku undurkan melakukan taubat, sebab kematian datangnya tiba-tiba, sedang malaikat maut tidak memberitahukannya terlebih dulu." Oleh itu, taubat perlu dilaksanakan segera tanpa tangguh-tangguh. Apa lagi taubat itu wajib hukumnya. Lalu bertaubatlah sekarang sebelum pintunya dikatup rapat oleh Allah SWT. Mengikut keterangan hadis, pintu taubat akan ditutup bila terjadinya perkara-perkara berikut;

1. Matahari naik sebelah barat.


Perkara ini dinyatakan Rasulullah SAW melalui sabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah membuka tangan selebar-lebarnya di waktu siang untuk menerima taubat orang yang membuat jahat di waktu malam, membuka tangan selebar-lebarnya di waktu malam untuk menerima taubat orang yang melakukan maksiat waktu siang. Hal ini berterusan sehinggalah matahari terbit dari arah barat." (Hadis riwayat Muslim)

2. Apabila nyawa sampai di kerongkong (nazak)


Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Sesungguhnya Tuhan bersedia menerima taubat seseorang hamba selagi nyawanya belum sampai di kerongkong (sebelum nazak)."

Untuk melakukan taubat nasuha, Islam menunjukkan syarat yang mesti dipenuhi iaitu menyesal dengan perbuatan dilakukan dengan sepenuh hati, berhenti serta merta melakukan perbuatan itu, berazam tidak akan mengulang kembali perbuatan itu. Jika membabitkan orang lain, hendaklah memohon maaf daripada orang berkenaan.

Apabila kita melakukan taubat ikhlas kerana Allah SWT, bermakna kita bersih daripada dosa itu, dipelihara dan dikasihi Allah SWT seperti firman-Nya yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan orang yang menyucikan diri." (Surah al-Baqarah, ayat 22)

Allah SWT juga berjanji akan menempatkan orang bertaubat dalam syurga yang penuh kenikmatan, seperti firman-Nya yang bermaksud: "Wahai orang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha. Mudah-mudahan Tuhan kamu menghapuskan kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai." (Surah at-Tahrim, ayat 8)

Oleh itu, marilah kita mencari keredaan Allah dengan membersihkan diri daripada segala dosa dengan bertaubat sepanjang masa. Jangan tunggu hingga esok kerana matlamat hidup kita sebenarnya ialah mendapatkan kebahagiaan di akhirat nanti. Mudah-mudahan kita tergolong dalam golongan orang dikasihi Allah SWT.

Friday, May 15, 2009

Malapetaka menimpa ummah jika kemungkaran berleluasa

Dalam arus pembangunan dan kemajuan yang pesat dewasa ini, umat Islam menghadapi krisis kebejatan moral yang membimbangkan. Ramai orang seolah-olah sudah lupa pada akhirat. Pelaku kejahatan bukan daripada kalangan dewasa saja, namun anak belum dewasa, ibu, bahkan orang sudah lanjut umur juga terbabit.

Perkara seperti ini perlu diberi perhatian serius umat Islam kerana Allah akan menimpakan bala dan laknat yang dahsyat disebabkan maksiat dilakukannya kerana ia akan menimpa seluruh manusia.


Apa yang dinyatakan Rasul SAW dalam hadis Baginda sudah pun berlaku dalam realiti kehidupan kita hari ini. Ilmu sudah diangkat atau disisihkan. Ilmu yang dimaksudkan ialah ilmu agama atau ilmu syarak yang boleh memandu umat Islam kepada kebenaran, ilmu yang boleh menyelamatkan mereka daripada azab api neraka pada hari akhirat kelak. Ulama yang takut kepada Allah, memuliakan sifat zuhud juga semakin berkurangan.

Oleh itu, bagi menghadapi situasi akhir zaman ini, umat Islam perlu berhati-hati supaya tidak terjatuh dalam kemungkaran. Benteng pertahanan akidah perlu diperkuat dan diperkemaskan supaya tidak mudah terpedaya.

Di samping itu, konsep amar makruf nahi mungkar harus diterapkan. Begitu juga konsep untuk saling mengingatkan dalam kebaikan dan kebenaran.

Daripada Ummul Mukminin Zainab binti Jahsy (isteri Rasulullah SAW), beliau berkata: “(Pada suatu hari) Rasulullah SAW masuk ke dalam rumahnya dengan keadaan cemas sambil bersabda: La ilaaha illallah, celaka (binasa) bagi bangsa Arab dari kejahatan (malapetaka) yang sudah hampir menimpa mereka. Pada hari ini sudah terbuka dari dinding Ya'juj dan Ma'juj seperti ini, dan Baginda menemukan hujung jari dan hujung jari yang sebelahnya (jari telunjuk) yang dengan itu mengisyaratkan seperti bulatan. Saya (Zainab binti Jahsy) lalu bertanya: Ya Rasulullah! Apakah kami akan binasa sedangkan di kalangan kami masih ada orang yang salih? Lalu Nabi SAW bersabda: Ya, jikalau kejahatan sudah terlalu banyak.” (Bukhari dan Muslim)

Hadis itu menerangkan bahawa apabila ada di suatu tempat atau negeri sudah terlampau banyak kejahatan, kemungkaran dan kefasikan, maka kebinasaan akan menimpa semua orang yang berada di tempat itu.

Tidak hanya kepada orang jahat saja, tetapi orang yang salih juga akan dibinasakan meskipun masing-masing pada hari kiamat akan diperhitungkan mengikut amalan dilakukan. Oleh itu, segala macam kemungkaran dan kefasikan hendaklah segera dibasmi, maksiat hendaklah segera dimusnahkan, supaya tidak terjadi malapetaka yang bukan saja akan menimpa orang melakukan kemungkaran dan kejahatan, tetapi juga semua penduduk di tempat itu.

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia


SALIM mendengar Abu Hurairah menyatakan bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Nanti akan dilenyapkan ilmu pengetahuan, akan bermaharajalela perzinaan dan kejahatan serta banyak haraj. Seorang sahabat bertanya: Apakah haraj itu ya Rasulullah? Jawab Baginda: Begini! (Nabi memberi syarat dengan tangan beliau seolah-olah menggambarkan terjadinya suatu pembunuhan.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Keperluan yang sering diabaikan suami isteri

Sebelum sesuatu pasangan hendak diijabkabulkan, Penolong Pendaftar Nikah (juru nikah) akan bertanya kepada pengantin sesuatu yang asas tentang Islam dan perkahwinan. Antara soalan yang penting ialah, apa yang wajib bagi suami setelah diijabkabulkan?

Kebanyakan bakal suami memberi jawapan yang agak betul, iaitu memberi nafkah zahir dan batin. Apabila ditanya apakah yang dimaksudkan dengan nafkah zahir, dia menjawa, beri makan minum, pakaian dan tempat tinggal. Jawapan yang cukup cemerlang.

Tetapi apabila ditanya apa pula yang dimaksudkan dengan nafkah batin, dia terdiam tidak dapat menjawab. Biasanya kalau tidak menjawab adalah kerana tidak tahu atau malu nak jawab. Ya, dalam soalan ini ternyata dia malu hendak menjawab.

Kenapa dia malu? Dia malu kerana jawapan yang dimaksudkan ialah seks. Itulah sebabnya dia tersipu-sipu nak jawab. Tetapi benarkah jawapan itu? Di sinilah kesilapan umat Islam yang jawapan itu telah lama diwarisi entah sejak bila.

Sebenarnya, jawapan itu salah kerana nafkah yang sebenarnya hanya satu itu nafkah zahir. Tetapi boleh juga disebut nafkah batin dengan merujuk kepada memberi didikan ilmu agama kepada isteri. Batin atau jiwa isteri perlu dididik ke arah kebaikan dan ketakwaan serta keimanan. Nafkah inilah yang sering diabaikan oleh suami. Dan atas sebab itulah mengapa berlaku masalah rumah tangga yang sukar diselesaikan.

Menyentuh soal seks, suka dijelaskan di sini bahawa ia satu keperluan yang Allah sediakan kepada makhluknya. Allah bekalkan keinginan seks kepada manusia sama seperti yang diperlukan binatang. Tetapi keperluan itu dibezakan dengan perkahwinan yang sah untuk menambahkan keharmonian rumah tangga.

Allah sebutkan dalam al-Quran, “kamu pakaian bagi mereka dan mereka juga pakaian bagi kamu,” (al-Baqarah) adalah hendak menunjukkan betapa lelaki dan perempuan itu saling memerlukan. Maka seks itu adalah pengikat kasih sayang selain anak yang dilahirkan hasil hubungan intim antara pasangan itu.

Walau bagaimanapun hubungan seks halal ini sering diabaikan oleh pasangan sama ada suami atau isteri kerana tidak memahami peranan dan fungsi di atas. Malah sesetengahnya menganggapnya kotor atau kerja sia-sia yang sekadar melepaskan nafsu syahwat sahaja.

Oleh sebab itu kita lihat, ada suami yang lebih sebuk dengan kerja lalu lupa hendak bermesra dengan isteri. Ada juga isteri yang sebuk dengan urusan kerja baik dalam rumah atau luar hingga tidak berpeluang untuk bermesra dengan suami.

Kemungkinan mereka berdua ada masalah, tetapi tidak cuba diselesaikan dengan cara yang baik sehingga akhirnya menjadi kudis dan barah. Sebenarnya beberapa kes yang pernah dirujuk kepada saya, suami mengadu isteri tidak mahu menyerahkan dirinya kepada suami setelah empat tahun berkahwin.

Tetapi apabila bertanya punca, jawapan yang diberi oleh suami dan isteri sering bercanggah. Mereka sering tuduh menuduh. Namun apabila persoalan yang sama ditanya pada sesi temu bual tertutup secara empat mata, isteri mengakui tidak mendapat kepuasan seks setiap kali bersama suami.

Jadi, berdasarkan jawapan itu boleh disimpulkan bahawa ramai suami dalam kes seumpama ini tidak mengambil berat soal kepuasan seks isterinya. Padahal keperluan ini perlu diberi perhatian sama dengan keperluan makan dan minum dan sebagai.

Oleh sebab itu perkara ini perlu diberi perhatian oleh kedua-dua belah pihak secara jujur. Suami perlu berterus terang dengan isteri jika ada masalah kesihatan. Dan isteri juga perlu berterus terang dengan suami jika ada kekurangan yang boleh menjejaskan hubungan.

Ingatlah jika kedua-dua pihak boleh membaiki kelemahan masing-masing mereka mampu memanjangkan hayat perkahwinan mereka. Selain itu, lelaki yang bergelar suami harus sedar bahawa mereka telah berbelanja besar untuk berkahwin malah sesetengahnya hutang bertahun-tahun. Tentulah tidak wajar suami sanggup membiarkan wang yang dilaburkan itu habis begitu sahaja.

Jadi, binalah perkahwinan dengan sebaiknya melalui kesefahaman yang jitu. Manakala isteri perlu setia dengan hubungan itu dengan saling memahami keperluan di atas kerana suami lazimnya sentiasa mengharap belaian kasih sayang isteri sepanjang hayat sama seperti malam pertama.

Manusia rugi jika umur panjang tidak dimanfaat

Manusia rugi jika umur panjang tidak dimanfaat

Nik Salida Suhaila Nik Salleh

NIKMAT kehidupan yang dikurniakan adalah gambaran bahawa Allah amat mengasihi dan menyayangi hamba-Nya. Kesusahan hilang dengan kesenangan, kejahilan lenyap dengan pengetahuan, kesakitan terhapus dengan kesihatan dan kegelapan berganti gemerlapan.

Terlalu banyak nikmat dilimpahkan kepada isi dunia, tinggal lagi kita memanfaatkan setiap satunya dengan harapan untuk mendapat keberkatan daripada-Nya. Ada manusia cuba menghitung nikmat, membandingkannya dengan kesusahan hidup dihadapi, lalu ternyata kemewahan Allah kurniakan tidak terkira dengan jari.

Nikmat melihat, mendengar, merasa, berfikir malah berkongsi kehidupan dengan penuh kasih sayang sesama makhluk Allah lainnya tidak akan diperoleh jika tiada kuasa yang menganugerahkan. Tentulah kita tidak boleh menyesali kepayahan dan kesukaran hidup di dunia, malah anggaplah ada hikmah menanti sementara iman diuji, tetapi berusahalah untuk mencari kesenangan.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan jika kamu menghitung nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu, tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani.†(Surah An-Nahl, ayat 18)

Ada kala kita tidak sedar apa yang dimiliki hari ini adalah nikmat bukannya sedia ada untuk setiap manusia kerana ada yang tidak dapat merasainya. Sebab itulah kita tidak harus lupa mensyukuri kemurahan hati Allah menganugerahkan kehidupan lengkap buat makhluk-Nya, cuma ada kemudahan yang Allah sediakan tidak dapat dimanfaatkan akibat sikap manusia tidak tahu menghargai nikmat.

Sikap manusia yang mudah lalai dan lupa juga menyebabkan nikmat dikurniakan tidak memberi apa-apa faedah kepada manusia sendiri. Usia yang panjang sepatutnya diisi dengan kebajikan dan faedah kepada diri sendiri serta orang lain tetapi ada pula menghabiskan kehidupan dari awal hingga saki bakinya dengan judi dan zina.

Tidak pula terkilan dengan kezaliman serta kejahatan meragut dan merompak, bahkan ada kehidupan orang lain yang terkesan dengan kejahilan itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak berganjak kedua-dua kaki seorang hamba pada hari kiamat sehingga ia disoal mengenai umurnya pada perkara apakah ia habiskan, dan ilmunya untuk apakah ia gunakan, dan harta bendanya dari manakah ia peroleh dan pada apakah ia belanjakan, dan juga tubuh badannya pada perkara apakah ia susutkan kemudaan dan kecergasannya.†(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Adanya tenaga dan akal, gunalah untuk mencari rezeki halal. Apa salahnya berasa nikmat yang Allah berikan percuma untuk dilaburkan bagi mendapat nikmat lainnya. Buat orang yang berhati-hati menjaga amanah Allah, mereka tidak akan alpa dengan kemewahan dunia kerana mereka tahu semuanya adalah pinjaman saja.

Sebaliknya, mereka berusaha meningkatkan limpahan rahmat dan nikmat itu supaya nikmat Allah yang ada padanya dapat dikongsi dengan orang lain yang kurang berkemampuan, memanfaatkan nikmat yang Allah kurniakan kerana pelbagai sebab.

Allah berfirman yang bermaksud: “Dan ingatlah bahawa kehidupan dunia ini meliputi segala kesenangan dan kemewahan, jika dinilaikan dengan kehidupan akhirat tidak lain hanyalah ibarat hiburan dan permainan: Dan sesungguhnya negeri akhirat itu ialah kehidupan yang sebenar-benarnya, kalaulah mereka mengetahui hakikat ini tentulah mereka tidak akan melupakan hari akhirat.†(Surah al-Ankabut, ayat 64)

Orang yang tidak melupakan hari akhirat walaupun dunia ini menjanjikan seribu kemewahan adalah orang yang tidak membazirkan nikmat Allah dengan keangkuhannya sebagai manusia. Memusnahkan imbangan alam, mengotorkan sumber air, membiarkan tanah tanpa tanaman dan menzalimi sesama makhluk Allah lainnya untuk nikmat sementara adalah petanda orang yang tidak mengetahui hakikat kurniaan nikmat dunia untuk menuju kehidupan akhirat yang lebih senang dan mewah.

Sambutan ulang tahun kelahiran saban tahun diraikan haruslah dijadikan kayu pengukur sama ada nikmat usia dikurniakan benar-benar kita hargai. Antaranya, jantung yang masih berdegup, adakah kita terus menjadi hamba yang taat atau ingkar, adakah kita menjaga hubungan sesama insan dengan baik atau kita menyusahkan orang lain, adakah kita banyak memanfaatkan kurniaan Allah atau kita membinasakannya dan adakah kita berbaloi diizinkan terus bernafas?

Daripada Abdul Rahman bin Abi Bakrah daripada ayahnya, seorang lelaki berkata: “Wahai Rasulullah! Siapakah sebaik-baik manusia? Berkata Rasulullah: Sebaik-baik manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya dan umur itu dipergunakan untuk berbuat kebaikan. Berkata lelaki itu lagi: Siapakah sejahat-jahat manusia? Rasulullah berkata: Sejahat-jahat manusia ialah orang yang dipanjangkan umurnya tetapi digunakannya untuk berbuat kejahatan.†(Hadis riwayat at-Tirmizi)

Usia yang panjang adalah satu nikmat tidak ternilai, dengannya kita terus dapat beribadat, merasai kehidupan, berkongsi kebahagiaan dan merencana masa depan. Jika nikmat usia diambil semula pemiliknya, maka kita tiada peluang untuk terus menjadi hamba yang taat dan bersyukur.

Sebab itulah jika kita beringat bahawa setiap yang bermula itu ada akhirnya, maka usia adalah satu peringatan sangat bermakna. Firman Allah yang bermaksud: “Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh yang sudah ditetapkan, maka apabila datang tempohnya, tidak dapat dikemudiankan walau sesaat pun dan tidak dapat pula mereka didahulukan.†(Surah al-‘Araaf, ayat 34)

Justeru, jika kita mengerti bahawa nikmat Allah yang satu ini tidak boleh dirayu jika Allah menghendakinya semula, apalah daya kita. Sedangkan bertahun-tahun lamanya Dia berikan kita peluang dan ruang untuk memanfaatkannya demi kehidupan lebih abadi.

Janji kosong juga tidak mampu menukar qada’ dan qadar-Nya, dan kita sepatutnya tersedar dari awal dan tahu bahawa kematian adalah pengakhirnya. Sedang pintu taubat sentiasa terbuka, janganlah kita longlai usaha untuk menjadi insan.

Firman Allah yang bermaksud: “Dan mereka menjerit-jerit di dalam neraka itu sambil merayu: Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami dari azab ini, kami akan mengerjakan amal soleh yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. Lalu Allah menempelak mereka, bukankah Kami sudah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula sudah didatangi oleh Rasul Kami yang memberi amaran. Oleh itu, rasalah azab seksa kerana orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapa pun yang dapat memberikan pertolongan..†(Surah Faathir, ayat 37)

Dilema isteri berkerja

Dilema isteri berkerja

Saya percaya, ramai di kalangan isteri yang bekerja mempunyai pelbagai dilema antaranya tidak cukup waktu untuk menguruskan diri sendiri, suami dan anak-anak, seolah-olah 24 jam sehari tidak cukup untuk isteri merangkap ibu melakukan segala beban kerja. Di bandar-bandar besar, kebanyakan isteri didorong untuk keluar rumah kerana bekerja, atas alasan tekanan keperluan kehidupan.

Satu perkara yang lumrah pada hari ini untuk dikatakan bahawa pendapatan yang hanya datang dari pihak suami kurang mencukupi bagi sesebuah keluarga menjalani kehidupan mereka. Apatah lagi dalam keadaan taraf kehidupan pada hari ini yang semakin tinggi. Oleh sebab itu, isteri secara sukarela mengambil keputusan untuk keluar rumah bekerja bagi mendapatkan pendapatan lebih bagi keluarganya sebagai memastikan keluarganya berada dalam keadaan yang selesa.

Apabila isteri-isteri ini sudah berada di luar rumah, maka mereka terpaksa memendekkan masa dalam mengurus hal-hal rumah tangga. Sesetengah mereka tidak menghadapi masalah kerana ahli-ahli keluarga yang lain, terutamanya pihak suami memahami keadaan mereka. Walaupun demikian, sesetengah mereka yang lain merasa agak tertekan kerana keluarga masih menuntut perhatian secara sepenuhnya apabila wanita ini pulang dari tempat kerja.

Masalah ini bukan sahaja dialami oleh mereka yang berpendidikan sederhana tetapi turut dialami oleh mereka dari golongan professional seperti doktor, peguam, arkitek dan sebagainya. Sesetengah kaum suami tidak menyedari dan tidak cuba memahami tekanan yang dialami oleh isteri mereka kerana menganggap bahawa kerja-kerja di rumah mudah untuk dilaksanakan dan ia adalah suatu fitrah untuk dilaksanakan oleh kaum isteri. Apabila keadaan ini berlaku maka berlakulah suatu dilema dalam diri isteri berkenaan.

Anda dijemput luangkan masa mentelaah di Dilema Isteri Bekerja dan Keputusan Majlis Fiqh Sedunia.

Wassalam.

TAKDiR

TAKDiR

takdir

Walaupun masalah takdir masuk ke dalam aqidah, ternyata banyak juga yang tidak memahaminya dengan benar. Biasa kita dengar uangkapan seperti ini: “Memang sudah takdirku untuk menjadi miskin seumur hidup” atau “Sudah takdir dia untuk bunuh diri” atau lebih parah lagi “Aku beragama Kristen, karena takdir jualah”, dan masih banyak contoh lain yang membuat kita geleng-geleng kepala karena mereka menyalahkan takdir kalau mereka gagal atau malas berbuat sesuatu. Jadi pada umumnya umat Islam dalam masalah qadar terpecah ke dalam tiga golongan:

1. Ekstrim dalam menetapkan qadar.

Manusia sama sekali tidak mempunyai kemampuan dan keinginan. Dia hanya dikendalikan dan tidak mempunyai pilihan, laksana pohon yang tertiup angin. Mereka tidak membedakan antara perbuatan manusia yang terjadi dengan atau tanpa kemampuannya.

Kalau mengikuti pemikiran ini, maka perbuatan maksiat yang kita lakukan tidak bisa dihukum, dengan alasan perbuatan maksiat itu bukan kehendak dirinya, tapi kehendak Allah SWT. Dengan demikian Allah adalah zhalim jika mengazab dan menyiksa orang yang berbuat maksiat. Kalau mengikuti paham ini, maka orang-orang yang mengikuti jalan kesesatan bisa saja berdalih bahwa Allah SWT telah menghendakinya demikian? Tentu saja hal ini tidak benar, karena dalam Ash-Shaf 61:5 dan Al-Maidah 5:13, Allah telah menjelaskan bahwa Dia tidak menyesatkan orang yang sesat kecuali disebabkan oleh dirinya sendiri.

2. Ekstrim dalam menetapkan kemampuan dan kehendak makhluk.

Sehingga mereka menolak bahwa apa yang diperbuat oleh adalah karena kehendak dan keinginan Allah SWT. Menurut mereka, manusia memiliki kebebasan atas perbuatannya. Bahkan ada di antara mereka yang mengatakan bahwa Allah SWT tidak mengetahui apa yang diperbuat oleh manusia kecuali setelah terjadi. Mereka menyangkal bahwa kebaikan yang diperoleh adalah berasal dari Allah dan berkata bahwa kebaikan yang mereka peroleh itu adalah hasil usaha mereka sendiri.

3. Berada dipertengahan yaitu dengan berpijak di atas dalil syari’i dan dalil ‘aqli.

Mereka inilah golongan Ahlus Sunnah wal Jama’ah. Golongan ini berpendapat bahwa manusia berbuat atas dasar kemauannya dan berkata menurut keinginannya. Akan tetapi keinginan dan kemauannya itu tidak lepas dari kemauan dan kehendak Allah SWT.

Iman kepada takdir terdiri dari empat unsur:

  1. Al-’Ilmu, yaitu mengimani bahwa Allah SWT maha mengetahui atas segala sesuatu, baik yang akan terjadi, yang sedang terjadi, maupun yang telah terjadi.
  2. Al-Kitaabah, yaitu mengimani bahwa Allah SWT telah mencatat seluruh kejadian hingga hari kiamat di Lauhul Mahfuz.
  3. Al-Masyii-ah, yaitu mengimani bahwa Allah SWT berkehendak atas apa yang terjadi di langit dan bumi serta di antara keduanya. Namun, Allah juga memberikan kehendak dan kemampuan kepada makhluk-Nya untuk melakukan amal shalih atau memilih apa yang bermanfaat baginya di dunia dan di akhirat.
  4. Al-Khalq, yaitu mengimani bahwa Allah-lah yang telah menciptakan segalanya sehingga perbuatan manusia pun Allah SWT pula yang menciptakannya.

Takdir Baik dan Buruk

Takdir ini terbagi dua yaitu takdir baik dan takdir buruk. Takdir buruk tidak seluruhnya buruk, akan tetapi ia mengandung kebaikan di sisi lain. Contoh takdir buruk seperti kecelakaan, kematian akibat tabrakan, tidak lulus ujian, kecurian, banjir, kekeringan, dll. Jika menerima takdir buruk jangan menyalahkan Allah, karena Allah lebih tahu apa yang terbaik bagi umatnya dan mungkin ada hikmah yang baik di kemudian kelak. Allah SWT menciptakan takdir buruk untuk menguji iman manusia. Takdir buruk bisa dihindari dengan memperbanyak doa dan sedekah, dan Menghindari hal-hal buruk seperti mencuri dan berbohong.

Contoh 1:

Ketika kamu berusaha keras untuk menjadi juara kelas dengan belajar terus menerus; namun, pada saat pengumuman, ternyata kamu tidak berhasil menjadi juara kelas. Kamu tidak boleh kecewa. Hal ini harus kamu yakini sebagai takdir dari Allah SWT. Kamu tidak menjadi juara kelas, merupakan kehendak Allah semata. Di balik kehendak itu, Allah merencanakan sesuatu yang lain pada diri kita, yang kita sendiri tidak mengetahuinya.

Contoh 2:

  1. Pasrah pada takdir - Sambil duduk di rumah berkata: “Kalau sudah ditakdirkan, rizkiku tentu akan datang dengan sendirinya”.
  2. Mengingkari takdir - Seseorang berusaha keras mencari rizki. Tapi setelah rezki di dapatkan dia berkata: “Semua yang aku dapatkan ini adalah hasil jerih payahku sendiri”.
  3. Percaya kepada takdir dan tetap berusaha - Rizki bagi setiap orang telah ditentukan oleh Allah SWT. Tapi kita tidak mengetahui kapan rizki itu akan datang dan berapa besarnya. Dengan demikian kita tetap berusaha untuk mencari rizki dengan susah payah.

Diringkas dan ditambah sendiri sedikit-sedikit dari tulisan Syaikh Muhammad bin Shaleh Al-’Utsaimin yang berjudul “Pengertian Tauhid dan Macam-Macamnya” yang diambil dari sebuah buku yang berjudul “Rukun Iman Di Guncang” oleh H. Hartono Ahmad Jaiz.

BAB AKIDAH - Larangan Meminta-minta Dan Menzahirkan Kefakiran

HADIS HARI INI:
BAB AKIDAH Larangan Meminta-minta Dan Menzahirkan Kefakiran
Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “Sesungguhnya apabila Allah S.W.T. telah mengurniakan sesuatu nikmat kepada hamba-Nya, Dia suka melihat kesan nikmat yang telah dikurniakan itu. Allah S.W.T. benci melihat orang yang menzahirkan kefakiran dan orang yang meminta-minta serta Allah S.W.T. mengasihi orang yang bersifat malu dan memelihara kehormatan.” (baihaqi)

Huraian
Pengajaran Hadis:

i) Setiap manusia mempunyai berbagai-bagai nikmat kurniaan Allah S.W.T. sama ada berupa kesihatan, penglihatan, pendengaran, kekayaan, kebijaksanaan dan sebagainya. Oleh itu sebagai menunjukkan tanda kesyukuran tersebut, sewajarnya nikmat-nikmat itu dipergunanakan sebaiknya dengan melipatgandakan usaha ke arah kebaikan diri, agama, bangsa mahupun negara. Itulah kesan nikmat yang disukai oleh Allah pada hamba-hamba-Nya.

ii) Menzahirkan kefakiran dan bersikap suka meminta-minta adalah antara sifat orang yang kufur nikmat kerana ia tidak memanfaatkan nikmat yang sedia ada untuk berusaha dan berikhtiar mengubah nasibnya, bahkan cara ini sebenarnya menunjukkan bahawa ia tidak mempunyai perasaan malu yang sekali gus merendahkan maruah dirinya sendiri.

iii) Malu adalah salah satu daripada cabang iman di mana pengertian malu mengikut syarak itu ialah perasaan yang mendesak seseorang itu supaya menghindarkan segala yang keji dan melaksanakan segala apa yang terpuji. Sumbernya adalah dari hati atau jiwa yang sedar tentang pengawasan Allah atas gerakgeri yang menyebabkan ia terpelihara zahir dan batin dari perbuatan dan unsur-unsur yang mengundang kemurkaan Allah.

iv) Malu adalah dipuji selama malu itu menjadi unsur pencegah dari kejahatan, pendorong jiwa untuk berbuat kebaikan serta malu itu pula tidak menyebabkan kehilangan maruah atau kehormatan peribadi.

v) Sementara malu yang dikeji pula ialah apabila malu berkata dan melakukan suatu perkara yang benar padahal tidak ada sebarang halangan untuknya berbuat demikian. Sifat ini hakikatnya bukanlah malu tetapi ‘pengecut’ yang amat dicela oleh syarak.

Sejarah ayat kursi & fadhilatnya

SEJARAH AYAT KURSI

Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.

Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.

Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.

Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
hilangkan segala kefakiran di depan matanya."

Sabda baginda lagi;

"Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."

Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat
Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin.

Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
mewakilkan 2 orang Mala ikat memeliharanya hingga subuh.


Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
70,000 Mala ikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid.
Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda,

" SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

Tuesday, April 21, 2009

Panduan Bagi Orang Yang Diuji

Panduan Bagi Orang Yang Diuji

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang
paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan
kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melain
kan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”
Riwayat Ibn Abi Dunya

Pengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku
ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia
kerana ia boleh menambahkan keimanan.

ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal
mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan.
Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul.
Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di
dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan
daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka
Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu
berwudhuk (mengambil air sembahyang).

iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-
macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang.
Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah
yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah
yang paling terpuji.”

iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap
perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang
diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama
di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama
dihinakan.

Anak Adalah Ujian Allah
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Seorang wanita datang kepadaku membawa dua orang
anaknya, meminta makanan. Tetapi tiada apa yang boleh didapatinya daripadaku
ketika itu selain daripada sebiji kurma, lalu kuberikan kepadanya. Kurma itu
dibahagi dua dan diberikannya kepada kedua anaknya itu, dan ia sendiri tidak
memakannya. Kemudian ia berdiri dan terus pergi. Setelah nabi s.a.w datang,
aku ceritakan hal itu kepada baginda. Sabda beginda s.a.w, “Sesiapa mendapat
cubaan kerana beberapa anak daripadanya, maka semuanya itu akan menjadi
dinding baginya daripada api neraka.”

(Bukhari)

Ujian Menghapuskan Dosa
Hadith :
Nabi s.a.w bersabda: "Tidak ada seseorang Islam yang ditimpakan sesuatu yang
menyakiti, iaitu penyakit atau lainnya, melainkan Allah gugurkan dengan
sebab itu dosa-dosanya, sebagaimana pokok menggugurkan daunnya (pada
musimnya yang tertentu)."

Abdullah bin Mas'ud r.a

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang

Panduan Mengkhusyukkan Sembahyang

  1. Memakai pakaian yang bersih dan suci lagi kemas serta bau-bauan yang diharuskan dan sentiasa sembahyang di awal waktu kecuali jika ada sesuatu majlis atau keuzuran
  2. Tidak memandang ke kiri atau ke kanan sebaliknya terus memandang ke tempat sujud
  3. Menyemaikan di dalam hati perasaan takut dan rendah diri terhadap Allah yang Maha Melihat setiap gerak-geri kita
  4. Menumpukkan pandangan ke tempat sujud dan tidak banyak menggerakkan anggota badan dalam sembahyang
  5. Membanyakkan sedekah terutamanya kepada golongan fakir miskin
  6. Memastikan tidak ada gangguan di dalam kawasan atau persekitaran sembahyang
  7. Cuba memahami segala isi bacaan dalam sembahyang termasuk ayat Al Quran, zikir dan tasbih
  8. Mengambil wuduk dengan sempurna supaya air merata pada semua bahagian anggota yang wajib dan membaca doa apabila air melalui di tiap-tiap anggota tersebut
  9. Membaca surah An-Nas, selawat ke atas Rasulullah SAW, istighfar dan apa-apa bacaan untuk menjauhkan gangguan syaitan sebelum takbir
  10. Tidak menahan diri dari membuang air kecil atau air besar sebelum sembahyang sebaliknya hendaklah ditunaikan hajat itu
  11. Menjaga makan dan minum dan memastikan sumbernya dari yang bersih lagi halal serta menjauhi makanan yang haram dan syubahat
  12. Memastikan di bahagian hadapan tempat sujud tidak ada gambar yang boleh menarik pandangan yang menyebabkan fikiran dan hati terganggu
  13. Banyak mengingati mati dan menganggap sembahyang yang dilakukan itu adalah sembahyang yang terakhir dalam hidupnya
  14. Menyedari hakikat yang ianya sedang berhadapan dengan Allah yang Maha Agung dan Maha Mengetahui akan segala rahsia hambanya
  15. Memusatkan seluruh ingatan dan tumpuan pada sembahyang serta melambatkan bacaan tasbih

The Happiest Day

Last month on 12/03/09 - the happiest moment in my life

After seven years married, the happiest news from Doktor Zulailah from Seri Indah Clinic that informed my lovely wife was pregnant almost 2 months. This is the happiest moment/day in my life, I'm very happy at last we will have beautiful baby soon and Insyallah on next October (due date). Pray to God to say thank you very much, you Almighty.

Update balik blog

Today, i will start to update my blog. lama dah tak update blog ni.

Monday, May 12, 2008

Abdullah Fahmi - Bacaan Al-Quran

Bacaan ayat suci Al-Quran dari Juara Akademi Al-Quran Musim 1 -TV9. Lunaknya suara dia ni, siap dengan Taranum sekali

1. Surah Abasa.



2. Surah - kawe tak tahu tapi sedap dengar

Friday, May 09, 2008

Video senok perut (kelakar)

Video kesukoan kawe, senok perut duk suko.

1. Orang Siam La nikah dengan orang Melayu.



2. Orang Arab kecek Kelate suko make budu

Kereta baru ku (BLM)

Kereta Proton Saga BLM 1.3 (M)


- Booking 06 March 08
- Dapat 23 April 08
- Color Hitam Metallic
- Base Line Model
- Beli dari Proton Edar (HQ) Subang Jaya.

Kalau tempah dengan dealer kena tunggu queue lama sehingga 3 atau 4 bulan. Dapat cepat ni pasal good contact dengan Azmir dan Ahmad Proton Edar HQ.

Sila rujuk kepada PaulTan web site untuk keterangan lanjut mengenai Proton Saga BLM

PAULTAN (BLM) - http://paultan.org

Tuesday, February 12, 2008

Doa-doa harian