Monday, November 12, 2007

Lelaki Bab5

Dunia Lelaki Yang Berbeza Dari Wanita

Seorang lelaki tidak sama dengan seorang wanita. Lelaki juga tidak
akan menjadi wanita, dan begitulah sebaliknya. Ramai wanita menganggap
lelaki sukar difahami, begitu jugalah pendapat lelaki. Berikut
dinyatakan bebarapa sifat lelaki secara umum agar anda mudah memahami
mereka:

Hidup lelaki lebih mudah

Lelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding dengan wanita. Kerana itu
lelaki sukar untuk memahamijika sesuatu perkara itu disampaikan dalam
bentuk kiasa oleh wanita. Wanita suka berkias dan berharap lelaki
faham. Tetapi, lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan bahasa
yang mudah, dan secara berterus-terang. Sekiranya wanita tidak jelas
mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada lelaki.

Bahasa lelaki adalah berlainan

Lelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan
lelaki dan wanitasukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang
lahir dari kata-katanya jika dia bercakap dengan wanita, adalah
berbeza daripada apa yang dimaksudkan. Ini bukan bererti dia
berbohong. Maka adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki
dari apa yang dilakukan berbanding dari apa yang dikatakan. Lelaki
tidak pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.

Lelaki suka membisu

Wanita berkebolehan untuk membicarakan sesuatu subjek yang sensitif
dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti.
Tetapi lelaki lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.

Lelaki tidak kompleks

Jika terdapat semua tanda yang menunjukan bahawa seorang lelaki hanya
mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan untuknya,
wanita harus percaya bahawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini
bukan bererti lelaki berfikiran primitif, tetapi lelaki memag
sedemikian. Wanita selalu menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi
sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah.

Jangan paksa lelaki

Bila wanita mendesak lelaki mendedahkan perasaanya, mungkin wanita itu
akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka mendengarnya.
Malah adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik sampai ke akar
umbi. Malah apa yang penting wanita itu perlu membaca bahasa badan
lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.
Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya,
mungkin pada masa itu fikirannya sedang kacau.

Lelaki berahsia dengan lelaki lain

Tidak sebagaimana wanita yang lebih mudah untuk bercerita masalah yang
dihadapinya kepada wanita lain, harapan dan kebimbangan yang
dirasainya dan pelbagai cerita peribadi, adalah sukar bagi lelaki
untuk menjadi mesra secara verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya
lelaki memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksima.

Lelaki pentingkan kejujuran

Sepertimana wanita, lelaki juga pentingkan kejujuran. Jika lelaki tahu
yang kekasihnya atau isterinya suka bercerita kepada wanita lain
tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita
lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia yang lainnya. Kejujuran
adalah penting bagi lelaki. Seorang suami mahu isterinya menyimpan
rahsia-rahsia rumahtangganya.

Lelaki Perlu Keselesaan Perasaan

Wanita sering menganggap lelaki sukar difahami. Sebenarnya ini juga
anggapan lelaki pada wanita. Berikut dinyatakan beberapa sifat umum
lelaki agar kita lebih memahaminya.

Lelaki tidak suka dikritik

Jangan mengkritik lelaki, memainkan jika wanita itu bersedia untuk
bertikan lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima
kritikan. Mengkritik di belakannya, contohnya kepada saudara atau
rakannya, mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia
akan berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya.

Cara baik mengkritik lelaki adalah dengan cara berjenaka dan lembut.
Cara lelaki mengkritik adalah berlainan dan ia jarang dilakukan oleh
wanita. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan
teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak emosi dan tepat.

Untuk mengkritik lelaki eloklah kiranya kritikan itu digabung dengan
sedikit pujian.

Lelaki juga mahukan sokongan

Bila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus
memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan
keselesaan perasaan dan sokongan serta kata-kata lunak seperti: "saya
cintakan abang.." atau "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap
bersama abang…"

Lelaki dan ego

Ramai lelaki menunjukkan egonya pada dua masa, pertama di dalam kerka
dan kedua di ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi bosan.
Tetapi sebaik-baiknya wanita patut mempertingkatkan ego suami atau
kekasihnya.

Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati kehangatan api
cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa sumbangannya
diiktiraf dan dilnilai. Jika anda tidak menyatakan kepadanya, siapa
lagi? Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia kan membuatkan lelaki
merasa senang dan setipa orang disekelilingnya akan mendapat faedah,
terutamanya yang dicintainya.

Lelaki mesra tanpa beremosi

Antara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak
untuk dikasihi dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional,
bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang
itu lahir. Ianya bukan satu proses sahaja.

0 Comments:

Post a Comment

<< Home