Memahami sifat lelaki.1. Hidup Lelaki Lebih MudahLelaki lebih mudah cara hidupnya berbanding wanita. Kerana itu, lelaki
sukar untuk memahami jika sesuatu perkara itu disampaikan dalam bentuk
kiasan ibarat oleh wanita. Wanita suka mengkias ibarat dan berharap
lelaki faham, tetapi lelaki lebih suka jika ianya dijelaskan dengan
bahasa yang mudah dan jelas, secara berterus-terang. Sekiranya wanita
tidak jelas mengenai sesuatu perkara, tanyalah secara terbuka kepada
lelaki.
2. Bahasa Lelaki Adalah BerlainanLelaki bercakap dengan bahasa yang berlainan. Ini yang menyebabkan
lelaki dan wanita sukar berkomunikasi antara satu sama lain. Apa yang
dari kata-katanya, jika dia bercakap dengan wanita, adalah berbeza
daripada yang dimaksudkannya. Inibukan bererti dia berbohong. Maka
adalah lebih baik bagi wanita untuk memahami lelaki dari apa yang
dilakukannya berbanding dari apa yang dikatakannya. Lelaki tidak
pandai melahirkan rasa hatinya dalam bentuk kata-kata.
3. Lelaki Suka MembisuWanita berkebolehan untuk membincangkan sesuatu subjek yang sensitif
dan mendukacitakan sebagai salah satu cara berhadapan dengan realiti,
tetapi lelaki masih lebih suka untuk menyembunyikan dan membisu.
4. Lelaki Tidak KompleksJika terdapat semua tanda yang menunjukkan bahawa seseorang lelaki
hanya mahu wanita menjaganya, mengemas rumah, menyediakan makanan
untuknya dan melakukan jima' secara kerap dengannya, wanita harus
percaya babawa itulah yang lelaki tersebut mahu. Ini bukan bererti
lelaki berfikir secara primitif, tetapi lelaki memang sedemikian.
Wanita biasa menganggap lelaki sebagai kompleks, tetapi sebenamya
kehendak lelaki adalah mudah.
5. Jangan Paksa LelakiBila wanita mendesak lelaki agar mendedahkan perasaannya, mungkin
lelaki itu akan mendedahkan sesuatu yang wanita itu tidak suka
mendengarnya. Maka adalah lebih baik jangan bertanya dan menyelidik
hingga ke akar umbi. Lebih baik bagi wanita membaca bahasa badan
lelaki, matanya, atau perubahan mendadak dalam corak perlakuannya.
Jika dia pada kebiasaannya suka membaca tetapi tidak melakukannya,
mungkin pada ketika itu fikirannya sedang kacau.
6. Lelaki Berahsia Dengan Lelaki LainTidak sebagaiana wanita yang lebih mudah untuk bercakap dengan wanita
yang lain mengenai masalah, harapan dan kebimbangan yang amat rahsia
dan peribadi, adalah sukar bagi lelaki untuk menjadi mesra secara
verbal sedemikian rupa. Untuk melakukannya, lelaki memerlukan kekuatan
dan keberanian yang tinggi.
7. Lelaki Pentingkan KejujuranJika lelaki tahu bahawa isterinya suka bercerita pada wanita lain
tentang dirinya, besar kemungkinan lelaki itu tidak akan bercerita
lagi secara mesra mengenai hal-hal rahsia kepada isterinya. Kejujuran
adalah penting bagi lelaki. Dia mahukan isterinya menyimpan
rahsia-rahsia rumahtangga.
8. Lelaki Tidak Suka DikritikJangan mengkritik lelaki, melainkan jika anda sedia untuk bertikam
lidah dengannya. Lelaki tidak begitu terbuka untuk menerima kritikan.
Mengkritik di belakangnya, contohnya kepada saudara atau kawannya,
mungkin dapat mengelakkan konfrantasi serta merta tetapi dia akan
berasa marah juga apabila perkara tersebut disampaikan kepadanya. Cara
yang baik untuk mengkritik lelaki ialah dengan berjenaka dan lembut.
Cara lelaki mengkritik adalah berlainan, dan jarang dilakukan oleh
lelaki. Bila lelaki mahu mengkritik, masa dan keadaan dipilih dengan
teliti. Bila menegur, perbincangan itu ringkas, tidak beremosi, dan
tepat. Untuk wanita mengkritik lelaki, elok jika kritikan itu
digabungkan dengan sedikit pujian.
9. Lelaki Juga Mahukan SokonganBila lelaki menghadapi masalah dan mengadu pada wanita, wanita harus
memberitahu lelaki itu bahawa dia masih diperlukan. Lelaki mahukan
keselesaan perasaan, sokongan serta kata-kata "Saya cintakan abang..."
dan "Tidak kira apa yang terjadi, saya tetap bersama abang .....".
10. Lelaki dan EgoRamai lelaki menunjukkan egonya di dua masa, pertama di dalam kerja,
dan kedua di atas ranjang. Ini biasanya menyebabkan wanita menjadi
bosan. Tetapi sebaik-baiknya wanita patut memepertingkatkan ego
suaminya. Wanita yang menyemarakkan api cinta akan menikmati
kehangatan api cinta itu. Lelaki mahu wanita memberitahu bahawa
sumbangannya diiktiraf dan dinilai. Jika anda tidak menyatakannya
kepadanya, siapa lagi. Jika anda mempertingkatkan ego lelaki, ia akan
membuatkan lelaki merasa senang dan setiap orang di sekelilingnya akan
mendapat faedah terutamanya yang dicintainya.
11. Sahabat Yang Paling BaikJadilah sahabat yang paling baik kepada suami anda, dan dia akan
menjadi sahabat yang paling baik kepada anda.
12. Lelaki Mesra Tanpa BeremosiAntara perkara yang ada pada lelaki dan wanita ialah kehendak mutlak
untuk dikasihi, dan mengasihi sebagai balasan. Intimasi emosional,
bersatunya jiwa bukan hanya jasad, adalah cara bagaimana kasih sayang
itu lahir. Ianya bukan satu proses saja, tetapi merupakan penglibatan
simia dan magis. Setiap manusia bergantung kepada intimasi emosional
untuk seimbang dan gembira, paling kurangnya ia diperlukan untuk
meneruskan kehidupan. Tempat di mana lelaki berbeza dari wanita ialah
pada kebolehan lelaki untuk mesra dari segi seks tanpa kemesraan
emosi. Jalinan atau hubungan antara dua perkara ini iaitu kemesraan
seks (cinta berahi) dan kemesraan emosi (cinta kasih) tidak penting
pada ramai lelaki. Ramai lelaki memberi keutamaan yang rendah kepada
kemesraan emosi. Lelaki lambat mencapai kemesraan emosi berbanding
wanita. Lelaki lebih cepat mencapai kemesraan seksual. Kemesraan emosi
ujud apabila terdapat hubungan yang rapat dan jujur antara suami
isteri. Ia mungkin dianggap penting s ebagai hubungan seks yang lebih
memuaskan, tapi jika tanpa kemesraan emosi, seks boleh dilakukan juga
oleh lelaki. Melakukan seks tanpa kemesraan emosi boleh menyebabkan
punca konflik semulajadi antara lelaki dan wanita. Bila keperluan
kemesraan emosi wanita tidak dipenuhi samada sebelum atau selepas
seksual, kekecewaan akan melanda wanita.
13. Lelaki Suka MenyelerakLelaki bersifat suka menyelerakkan barang-barang dan berharap
isterinya akan mengemas. Kadangkala lelaki mahukan isterinya bersifat
seperti ibunya. Walaupun pada kebanyakan ketika lelaki adalah pembuat
yang vmemulai atau meneruskan sesuatu, ada kalanya mahu dijaga oleh
seorang 'ibu'. Dia menunjukkan kemahuannya itu secara tidak langsung
dengan menyelerak